Saturday, March 21, 2009

Tips nak beli motor 2nd Hand

1.Mula-mula periksa dulu casisnya adakah pada pandangan mata kita agak bengkok.Pergi ke bahagian depan,tegakkan motosikal seolah-olah sedang bergerak lurus.Bongkokkan badan anda dan lihat tayar depan dan belakang sejajar atau tidak?Begitu juga lakukan perkara yang sama pada bahagian belakang.Kalau tak sejajar ada kemungkinan casis bengkok.Mungkin motor tersebut pernah terlibat dengan kemalangan teruk.

 

2.Biarkan motosikal berdiri tegak dengan menggunakan tongkat tengah.Perhatikan pada batang fork,adakah terdapat kesan minyak kerana itu tandanya getah pengadang minyak tersebut telah rosak mungkin tak pernah ditukar oleh pemilik dahulu.Kemudian ada tak kesan calar pada batang fork,walaupun tiada kesan minyak tetapi kadang-kadang pekedai telah menukar pengadang getah yang baru.Ini selalu terjadi apabila kita menggunakan motor tu nanti pengadang minyak akan cepat rosak akibat daripada batang forkyang sudah tidak licin.Lambat laun minyak dari batang fork akan keluar…hati-hati..

 

3.Periksa swing arm dengan menggoyangkan kekiri dan kekanan dengan kuat.Caranya dengan memegang roda belakang dan goyangkan.Apabila terasa seperti sesuatu yang longgar bermakna bush swing arm tersebut telah haus.Ini berlaku ke atas diri saya sendiri apabila ‘koner’ terasa macam nak tergolek.Bila dah periksa baru tahu swing arm telah bergoyang.

 

 

 

4.Hidupkan dahulu enjin motosikal tersebut dengar alunan bunyinya.Ingat bukan bunyi motor yang kena dengar tetapi amati bunyi pada blok enjinnya.Adakah bunyinya agak kasar atau seperti benda longgar kerana ada kemungkinan rod dan bearingnya telah haus dan ini memerlukan belanja yang agak lebih setelah anda membelinya.

 

5.Kalau nak tahu motor tu ’sedap’ lagi atau tidak kena la tunggang.Cuba bawa kelajuan antara 100-110km/j kuat tak gegarannya.Kalau sederhana ok lagi tu mungkin balancing tayar dah tak cantik.Tapi kalau kuat sangat lebih baik lupakan,bukannya apa takut-takut membabitkan enjin je….koyak poket nanti he..he…

6.Kebiasaannya kedai akan bagi waranti selama sebulan je lebih dari tu tanggung sendiri.Jadi dalam tempoh tu jangan takut-takut nak komplen pada pekedai.Biar kita buat-buat cerewet sikit kalau tak nanti dia putar belitkan anda nanti.Pastikan juga jangan buat sebarang pengubahsuaian terhadap motosikal anda dalam tempoh waranti kerana secara automatik waranti tersebut akan dimansuhkan oleh mereka.

 

7.Kalau boleh..tapi rasanya wajib membawa kawan yang tahu serba sedikit tentang teknikal motosikal sekiranya anda adalah penunggang baru.Tak semestinya bawa mekanik tapi lagi bagus kalau ada… kerana mereka yang sudah berpengalaman juga tahu serba sedikit mengenainya.

 

Tips yang saya beri ini sesuai untuk motosikal bawah 150cc kerana ianya datang dari pengalaman saya sendiri..lebih dari itu mungkin juga boleh dijadikan panduan.

Sekian.

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

1. Garang 
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua, atau seumpamanya. 


2. Ganas 
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya. 


3. Gementar 
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya
kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.


4. Gabrah 
Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dan sebagainya.


5. Gentleman tiada Langsung
Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya. 


6. Gerumal 
Bahasa kedah-bohong atau tipu.


7. Ganggo Keterlaluan
Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.


8. Gatal 
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.

Sunday, March 8, 2009

Doa...

Ayat Diberi Petunjuk Dalam Jodoh(Yusuf;4)


øŒÎ) tA$s% ß#ßqムÏmÎ/L{ ÏMt/r'¯»tƒ ÎoTÎ) àM÷ƒr&u ytnr& uŽ|³tã $Y6x.öqx. }§ôJ¤±9$#ur tyJs)ø9$#ur öNåkçJ÷ƒr&u Í< šúïÏÉf»y ÇÍÈ  


4. (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".


Ayat Jauh Dari Maksiat(Yusuf;33)


tA$s% Éb>u ß`ôfÅb¡9$# =ymr& ¥n<Î) $£JÏB ûÓÍ_tRqããôtƒ Ïmøs9Î) ( žwÎ)ur ô$ÎŽóÇs? ÓÍh_tã £`èdyøx. Ü=ô¹r& £`ÍköŽs9Î) `ä.r&ur z`ÏiB tûüÎ=Îg»pgø:$# ÇÌÌÈ 

 

33. Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa Yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepadaNya. dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin Aku akan cenderung kepada mereka, dan Aku menjadi dari orang-orang Yang tidak mengamalkan ilmunya".

Melayu Di Malaysia...Adakah sama dengan umat Islam di Iraq yang hidup berpuak-puak?

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Tujuan saya bukan nak dedah kelemahan Islam tapi saya betul-betul kecewa dengan apa yang terjadi sekarang....

Kita tak perlu melihat Iraq kerana di MALAYSIA pun sama....Melayu khususnya yang al-din Islam pun berpecah belah. Sekarang Melayu kita dah menjadi 3 kerat dan bukan lagi satu rumpun yang bersatu-padu. Pepatah mengatakan "Bersatu Teguh Becerai Roboh" seolah-olah tidak dipedulikan lagi. Tak cukup dengan itu sekarang, masjid , sekolah-sekolah agama(kerajaan&persendirian) pun telah dicemari dengan ideologi politik. Golongan yang di anggap pendidik putra-putri negara ini sepatutnya mengajar golongan muda untuk bersatu-padu bukan nya meracuni pemikiran putra-putri.

Saya tidak memihak mana-mana parti politik tapi sekadar untuk menyuarakan isi hati sahaja. Saya juga berharap teman-teman seperjuangan saya agar kita dapat bersatu-padu menjadi rumpun Melayu yang berpegang teguh pada ajaran Islam tanpa mengira ideologi politik...

19 Hadis RASULULLAH Mengenai Wanita.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu

syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang

dia kehendaki dengan tidak dihisab

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.